Friday, 9 November 2012

Selamat Tinggal

Bila tuhan tarik sesuatu dari aku
aku marah!
Tapi tanpa aku sedar,
Dia sediakan sesuatu yang lebih berharga untuk aku

macam yang terjadi sekarang
dua hari lepas
Tuhan beri aku dugaan
orang yang aku sayang akan menamatkan zaman bujang
yang pasti
bukan dengan aku

Hati aku?
hancur, tercarik, robek
airmata
kering

hari ini.
berita gembira
peluang untuk aku pergi dari sini
belajar untuk jauh dari perkara yang membingitkan

Teman sekerja,
Bos yang paling kewl,
kawan kawan sekeliling,
keluarga,
kekasih yang berpaling,

minggu terakhir
selamat tinggal
jangan lupa aku
kerana aku akan kembali ke sini

mungkin setelah berdua
atau bertiga
berempat
atau lebih
atau mungkin
masih seorang

No comments:

Post a Comment