Perempuan yang aku sayang , teman bogel sama sama, pilih jalan hidup yang baru,
Kawan rempit tidur satu katil, berubah.
Sahabat susah payah dari sekolah, diam.
Ayah yang jadikan aku puteri hidup, sepi.
Ibu yang melahirkan, berubah.
Banyak kejutan dalam hidup ni.
kadang kadang langsung tak terlintas difikiran akan kejutan sebegini.
keluarga, sahabat, dan sekeliling.
aku lepaskan yang pergi.
tapi jauh dalam sudut hati
aku masih berharap
perkara yang kita hadap semalam
terjadi lagi.
perit hidup dulu?
aku tak peduli
asal semua kembali macam dulu
aku sanggup hadap perit tu.
Hari ni
Aku putus asa
kejutan yang aku terima
buat aku jijik untuk pandang muka manusia yang telah berubah tu
tubuh untuk duit?
sampah semua ni
bukan menghina.
cuci pinggan dekat kedai mamak bukan kerja hina
tapi menggadai tubuh untuk duit?
itu sangat hina
tuhan itu maha pengampun
tapi aku bukan tuhan
aku masih seorang hamba
seorang manusia yang mempunyai perasaan.
Tuhan!
cukup dengan kejutan
biarkan apa yang aku lihat sekarang terhenti disini
biar aku teruskan hidup macam ni
kalau aku bodoh sekarang
biar sampai bila bila
kerana aku tidak mahu
kebijaksanaan itu nanti
bisa menjadikan lidah aku tajam seperti pisau dan melukakan siapa siapa.
No comments:
Post a Comment