Saturday 18 May 2013

Lelaki yang aku mahu

 
Sayang, 
aku perlukan seorang lelaki. 
Yang tidak mempunyai kerjaya tetap. 
Pandai menyimpan. 
Punya perasaan sayang. 
Mampu untuk buat aku rasa selamat. 
Sentiasa ada disisi. 
Sentiasa lebih kuat dari aku. 
Sentiasa anggap aku seorang puteri. 

Mari sayang, 
kita sama sama bina hidup di perantauan. 
Sepasang kasut. 
Dua helai jeans. 
Lima helai tshirt. 
dua helai sweater. 
Kita pergi jauh dari sini. 

Kau dan aku. 
Kita mulakan semua. 
Jangan hiraukan rambut aku yang kusut masai. 
Jangan hiraukan makanan murah yang kita makan. 
Jangan hiraukan tidur di mana malam ini. 

Mari lah sayang. 
Sampai suatu masa
Bila kita sudah puas. 
Kita kembali ke sini. 
Ke tanah air tempat lahir kita. 

Marilah Sayang. 
Kita pergi jauh dari sini. 


No comments:

Post a Comment