putar balik masa
zaman yang aku pernah tinggalkan
sekarang kembali lagi
aku gelar
"zaman kegemilangan"
bawa diri ke kota besar
untuk mencuba nasib
langkah yang sama cuma lebih teratur
supaya tidak mudah dibaham buaya
perjalanan yang aku gelar bangsat
kerana semua manusia yang aku kenal disini
tidak aku dapat baca hati budinya.
semoga
semoga aku aman disini
No comments:
Post a Comment