Tuhan,
sampai mati,
dia buah hati saya,
dunia dan akhirat.
Tuhan,
lindungi dia dari azab neraka mu,
janjikan dia syurga,
dia buah hati ku.
Tuhan,
berikan dia senyuman,
sampai bila bila
kerana dia buah hati ku
Tuhan,
Buah hati aku itu bilang
"sakit itu ujian ALLAH pada kita."
Tuhan
Lelaki ini
sudah berusaha
menjadi lelaki terbaik
sudah mendidik amanah yang kau kurniakan dengan sempurna pada kami,
Tuhan,
kau maha mengetahui.
kau lebih tahu
betapa besar pengorbanan buah hati aku ini
terhadap amanah yang telah kau letak dibahunya.
Tuhan,
buah hati aku ini,
adalah yang terbaik pada aku.
kurniakan kesihatan untuk terus dia sujud padamu.
amin
No comments:
Post a Comment